Wednesday, May 20, 2009

Kahwin oh Kahwin

Salam Semua,

Makin bertambah kawan2 kita membina masjid tahun ni ... update terbaru

1) Azuan Saari @ WanShaq - 6/6/09 di Seri Kembangan, 20/6/09 di Jengka 3
2) Bahiyah @ Bee & Yusuf- 6/6/09 di Bentong , 13/6/09 di Kota Bharu
3) Rohaida @ Ida - 6/6/09- Beserah, Pahang
4) Dayang Darus - 13/6/09- Perlis , 20/6/09 di Penang

Renjis renjis dipilis.........syok btul kawan2 dah kawin....doakan kebahagian mereka Amin...

Gathering at Sunway Pyramid & Flaming Steambot

Salam Semua,

Pada hari Sabtu 16/05/2009 yang lepas telah diadakan satu perjumpaan ala-ala reunion konsert AF bertempat di Sunway Pyramid dan Flaming Steambot jam 3Ptg

Ini Semua adalah atas usaha keras Cik Syikin kita yang sungguh berdedikasi. Terima kasih diucapkan..

Asalnya planning adalah untuk bermain bowling dulu then kemudian baru pergi makan dekat flamming. Tunggu punya tunggu sampai pukul 3.30ptg hanya tiga peserta yang bermain bowling iaitu aku,faez dan partner dia..huuhhuuhu dalam pukul 3.45 ptg lagi ramai yang join main tapi nasib tak baik pihak Pyramid Bowl hanya bagi kita main sampai pukul 4.30 ptg saje sebab ada tournament lain petang tu..sedih oww baru main satu game ....

Next place is Flamming Steamboat iaitu bersebelahan dengan Sunway Pyramid..Masa dekat Flamming Steamboat lagi ramai kawan-kawan kita yang join...Dekat situ aku rasa semuanya nak makan tp apakan daya aku bukannya jenis pelahap tamak haloba..

Majlis di situ berakhir dalam pukul 7 ptg and semua membawa haluan masing2 untuk pulang...ada kawan2 kita yang menyuarakan agar program2 seperti ini ataupun seangkatan dengannya diadakan lagi.....Sekian terima kasih kawan2...













Latest Ibu News

Salam Semua,

Semalam 20/5/09Syukur Alhamdulillah kawan kita Siti Norhaslinda Eskat @ Linda telah selamat melahirkan baby boy pada 2.45 jam petang.

Mari sama2 mendoakan kesihatan Linda & baby boy dia...

Gambar blum ada lagi setakat ini.

Assalamualaikum & Welcome

Assalamualaikum Kawan-Kawan


To all you guys aku dah create blog ni untuk memudahkan kita sebagai x-student Insurance UiTM batch 2001-2006 untuk mengetahui update2 terkini, aktiviti2 serta event kawan2 kita diserata pelusuk Malaysia...

Anything just contact or email me...

Wassalam.

Noor Lyianina @ Nina's Wedding


Pada tanggal 1 Mei 2009 berlangsung Majlis Akad Nikah dan Walimatul-Urus kawan kita iaitu Nina dengan pasangannya Yazid di Sarikei, Sarawak. Majlis akad nikah berlangsung dirumah pengantin perempuan selepas selesai solat Jumaat. Dekat bawah ni disertakan gambar2 buat tatapan kawan-kawan yang lain. Mari kita doakan kebahagian mereka sampai akhir hayat dan cepat-cepatla dapat anak ye....



MALAM BE
RINAI 30/4/2009





AKAD NIKAH 01/05/2009














UPACARA PERSANDINGAN 02/05/2009

















p/s: Kepada sesiapa yang berminat untuk melihat gambar mereka yang lagi banyak boleh contact @ email aku.