Monday, October 5, 2009

New Babyborn!!!

Salam semua,

Baru mendapat info dari Kak Pah bahawa kawan kita Adzlinda @Linda Alhamdulillah telah selamat melahirkan anak perempuan yang bernama Zara Nur Raisha pada 2/10/2009 (Jumaat)

Tahniah kepada Linda & Husband.

Dah bertambah anak-anak buah kita...hehhehee


p/s: tahniah juga kepada Bahiyah@Bee sebab dah mengandung...

Sunday, October 4, 2009

Open House at Rumah Dr. Ku Aziliah

Salam Semua,

Aku letak gambar dulu...sinopsis open house raya dekat rumah Dr. Ku

Thursday, October 1, 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri!!!!

Salam Semua,

Aku rasa tidak terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada kawan-kawan semua...Sorry sejak kebelakangan ini aku sibuk skit lambat nak update blog...

mm dengar ada perancangan nak gi beraya umah Lecturer2 kita...so cadangan diperlukan oleh anda...sila suarakan cadangan didalam shoutbox sebelah ni...

p/s: sapa2 yang nak ajak open house juga dialu-alukan hehehehe

Selamat Pengantin Baru !!!

Salam Semua,

Tahniah di ucapkan kepada sahabat kita iaitu Sazila bt Md Isa (Ila) setelah selamat diijabkabulkan dengan pasangannnya Makbul di Masjid Batu Arang Sungai Petani pada 25/09/2009 (Jumaat). Aku sempat pergi upacara akad nikah je. Majlis hanya disertai oleh saudara-mara sahaja. Kendurinya pada keesokan harinya di Dewan IKM Sungai Petani. Memandangkan aku xsempat nak upload gambar dalam blog ni leh kunjungi blog aku dulu http://aswadbakri.blogspot.com untuk beberapa snapshot yang aku ambik untuk tatapan kawan2.

Doakan kebahagian mereka sampaia ke akhir hayat...Amin..

Saturday, September 12, 2009

Kunjungan ke Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong 13 September 2009.

Alhamdulillah rancangan untuk mengadakan aktiviti amal bersama anak2 yatim berjalan dengan lancar. Dalam pukul 4.30ptg aku sampai ke rumah Marzuk dengan disertai Syikin, Bahiyah, Farah, Aishah serta Kak Hanim dan Ibunya...tanpa membuang masa kami terus berkonvoi ke destinasi seterusnya-RALK...sampai di sana kami disertai oleh rakan kita lagi iaitu Khadijah dan husband.....Kunjungan kami disambut oleh Ustaz Zawawi, Puan..(aku xingat apa nama dia) dan kami dibantu oleh anak2 yatim membawa semua barangan yang hendak disedekah ke pejabat RALK sebelum diagihkan. Kami diberi penerangan serba sedikit tentang asal-usul rumah kebajikan serta konsep yang mereka amalkan iaitu " Susah Orang, Susah Kita, Senang Kita, Dikongsi Bersama".

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang menyumbang tidak kira dari wang ringgit, pakaian, barang2 mentah, tenaga dan juga yang lain-lain.


Berikut adalah beberapa gambar untuk dikongsi..sori kalau gambar xmemuaskan sebab aku tangkap gambar pakai henpon je..




Sekiranya anda mahu membantu serta memberi bantuan bolehla mengunjungi ke lawan web http://limpahankasih.blogspot.com/2007/04/ralk-introduction.html

Friday, September 4, 2009

Berbuka sambil Beramal di Bulan Ramadhan

Salam

Satu program berbentuk kebajikan yang telah dicadangkan oleh saudari Syikin kita pada bulan ramadhan kali ini. Beliau mencadangkan supaya diadakan satu aktiviti berbuka puasa disamping membatu rumah kebajikan di Puchong (Nama aku xingat) pada 12 September 2009 (sabtu) di mana penghuni terdiri daripada golongan-golongan kanak2 sehinggalah orang Tua ...Sumbangan dari anda adalah dihargai xkira dari segi kewangan mahupun barang2 keperluan asas....sekiranya ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkara ini sila hubungi@sms Syikin di 017-3289115


"Bersama Membantu Meringankan Beban Mereka Yang Amat Memerlukan"

Monday, August 24, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin serta muslimat tidak kira di mana anda berada..

Wednesday, July 22, 2009

Need Respond from Everybody

Sudah lama ku tidak update blog nih..bagaimana kehidupan rakan-rakan kita sekarang ni ye?especially yang dah lama menyepi dan xberjumpa since graduate ....hemmm

Aku tengah berpikir ada x aktiviti lain selain dari gathering/ main bowling yang boleh kita organize contohnya main paintball, picnic atau apa2..

Korang kasik la cadangan taktala bulan Ramadhan yg bakal menjelma nih...

Sunday, July 12, 2009

Update agak tergempar...

Salam semua,

Semalam kawan kita seorang lagi Mohd Azuan Bani telah selamat melangsungkan majlis perkahwinan beliau dengan pasangannya...Selamat Pengantin Baru kami ucapkan Semoga Kekal hingga ke akhir hayat Amin..

p/s Aku dengar ramai yang tak pegi kenduri dia sebab tak dapat kad kahwin serta tak ingat sebab xdapat kad (termasuk aku) @ ada yang tak tahu langsung yang dia kahwin semalam...

So nak jadi pengajaran dkt kawan2 yang lain lepas ni yang nak kahwin sms/email/call je kalau tak sempat nak hantar kad dkt kawan2 lain ..sekian.....jgn marah ye..

Tuesday, June 30, 2009

Wan Shaq wedding..

Salam yall,

Aku iungin memohon maaf diatas kelewatan mengupdate blog nih..so sorry..gambar yang ada ni pun composition limited ler..so nengok2 yer..


Seri Kembangan












Jengka Section 3











Monday, June 8, 2009

Selamat Pengantin Baru...

Salam semua,

Huhuhuuu aku dengar aritu jalan jem giler nak menghala ke Karak Highway, Sungai Besi Highway n ke Senawang..mungkin cuti sekolah kot...ramai kenalan aku membatalkan hasrat nak g mkn kenduri & balik kg sebab jem ...

Berbalik semula kepada kenduri kawan2 kita.... ari Sabtu 6/6/09 selamat 3 pasangan kawan kita iaitu Wan Shaq, Ida & Bahiyah diijabkabulkan.. Alhamdulillah dengar criter semua kenduri berjalan dengan meriah dan lancar sekali...

Aku dan isteri serta kawan2 lain memohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri ke kenduri Wan Shaq/Ida/Bahiyah kerana ada hal @ ada kenduri saudara yang xdapat nak dielakkan....yang aku sempat pergi hanyalah kenduri Wan Shaq pada sebelah ptg....

Selamat Pengantin Baru kepada Wan Shaq, Ida & Bahiyah..Semoga berkekalan hingga akhir ayat Amin....

Gambar akan diupload dlm masa terdekat ni...

p/s Upcoming kenduri next week ialah on 13/6/09 iaitu Dayang Darus dekat Perlis, Bahiyah dekat Kelantan (sebelah lelaki), 14/6/09 Ida dekat Gombak (sebelah lelaki)

Wednesday, May 20, 2009

Kahwin oh Kahwin

Salam Semua,

Makin bertambah kawan2 kita membina masjid tahun ni ... update terbaru

1) Azuan Saari @ WanShaq - 6/6/09 di Seri Kembangan, 20/6/09 di Jengka 3
2) Bahiyah @ Bee & Yusuf- 6/6/09 di Bentong , 13/6/09 di Kota Bharu
3) Rohaida @ Ida - 6/6/09- Beserah, Pahang
4) Dayang Darus - 13/6/09- Perlis , 20/6/09 di Penang

Renjis renjis dipilis.........syok btul kawan2 dah kawin....doakan kebahagian mereka Amin...

Gathering at Sunway Pyramid & Flaming Steambot

Salam Semua,

Pada hari Sabtu 16/05/2009 yang lepas telah diadakan satu perjumpaan ala-ala reunion konsert AF bertempat di Sunway Pyramid dan Flaming Steambot jam 3Ptg

Ini Semua adalah atas usaha keras Cik Syikin kita yang sungguh berdedikasi. Terima kasih diucapkan..

Asalnya planning adalah untuk bermain bowling dulu then kemudian baru pergi makan dekat flamming. Tunggu punya tunggu sampai pukul 3.30ptg hanya tiga peserta yang bermain bowling iaitu aku,faez dan partner dia..huuhhuuhu dalam pukul 3.45 ptg lagi ramai yang join main tapi nasib tak baik pihak Pyramid Bowl hanya bagi kita main sampai pukul 4.30 ptg saje sebab ada tournament lain petang tu..sedih oww baru main satu game ....

Next place is Flamming Steamboat iaitu bersebelahan dengan Sunway Pyramid..Masa dekat Flamming Steamboat lagi ramai kawan-kawan kita yang join...Dekat situ aku rasa semuanya nak makan tp apakan daya aku bukannya jenis pelahap tamak haloba..

Majlis di situ berakhir dalam pukul 7 ptg and semua membawa haluan masing2 untuk pulang...ada kawan2 kita yang menyuarakan agar program2 seperti ini ataupun seangkatan dengannya diadakan lagi.....Sekian terima kasih kawan2...