Monday, October 5, 2009

New Babyborn!!!

Salam semua,

Baru mendapat info dari Kak Pah bahawa kawan kita Adzlinda @Linda Alhamdulillah telah selamat melahirkan anak perempuan yang bernama Zara Nur Raisha pada 2/10/2009 (Jumaat)

Tahniah kepada Linda & Husband.

Dah bertambah anak-anak buah kita...hehhehee


p/s: tahniah juga kepada Bahiyah@Bee sebab dah mengandung...

Sunday, October 4, 2009

Open House at Rumah Dr. Ku Aziliah

Salam Semua,

Aku letak gambar dulu...sinopsis open house raya dekat rumah Dr. Ku

Thursday, October 1, 2009

Selamat Hari Raya AidilFitri!!!!

Salam Semua,

Aku rasa tidak terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada kawan-kawan semua...Sorry sejak kebelakangan ini aku sibuk skit lambat nak update blog...

mm dengar ada perancangan nak gi beraya umah Lecturer2 kita...so cadangan diperlukan oleh anda...sila suarakan cadangan didalam shoutbox sebelah ni...

p/s: sapa2 yang nak ajak open house juga dialu-alukan hehehehe

Selamat Pengantin Baru !!!

Salam Semua,

Tahniah di ucapkan kepada sahabat kita iaitu Sazila bt Md Isa (Ila) setelah selamat diijabkabulkan dengan pasangannnya Makbul di Masjid Batu Arang Sungai Petani pada 25/09/2009 (Jumaat). Aku sempat pergi upacara akad nikah je. Majlis hanya disertai oleh saudara-mara sahaja. Kendurinya pada keesokan harinya di Dewan IKM Sungai Petani. Memandangkan aku xsempat nak upload gambar dalam blog ni leh kunjungi blog aku dulu http://aswadbakri.blogspot.com untuk beberapa snapshot yang aku ambik untuk tatapan kawan2.

Doakan kebahagian mereka sampaia ke akhir hayat...Amin..

Saturday, September 12, 2009

Kunjungan ke Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong 13 September 2009.

Alhamdulillah rancangan untuk mengadakan aktiviti amal bersama anak2 yatim berjalan dengan lancar. Dalam pukul 4.30ptg aku sampai ke rumah Marzuk dengan disertai Syikin, Bahiyah, Farah, Aishah serta Kak Hanim dan Ibunya...tanpa membuang masa kami terus berkonvoi ke destinasi seterusnya-RALK...sampai di sana kami disertai oleh rakan kita lagi iaitu Khadijah dan husband.....Kunjungan kami disambut oleh Ustaz Zawawi, Puan..(aku xingat apa nama dia) dan kami dibantu oleh anak2 yatim membawa semua barangan yang hendak disedekah ke pejabat RALK sebelum diagihkan. Kami diberi penerangan serba sedikit tentang asal-usul rumah kebajikan serta konsep yang mereka amalkan iaitu " Susah Orang, Susah Kita, Senang Kita, Dikongsi Bersama".

Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang menyumbang tidak kira dari wang ringgit, pakaian, barang2 mentah, tenaga dan juga yang lain-lain.


Berikut adalah beberapa gambar untuk dikongsi..sori kalau gambar xmemuaskan sebab aku tangkap gambar pakai henpon je..




Sekiranya anda mahu membantu serta memberi bantuan bolehla mengunjungi ke lawan web http://limpahankasih.blogspot.com/2007/04/ralk-introduction.html

Friday, September 4, 2009

Berbuka sambil Beramal di Bulan Ramadhan

Salam

Satu program berbentuk kebajikan yang telah dicadangkan oleh saudari Syikin kita pada bulan ramadhan kali ini. Beliau mencadangkan supaya diadakan satu aktiviti berbuka puasa disamping membatu rumah kebajikan di Puchong (Nama aku xingat) pada 12 September 2009 (sabtu) di mana penghuni terdiri daripada golongan-golongan kanak2 sehinggalah orang Tua ...Sumbangan dari anda adalah dihargai xkira dari segi kewangan mahupun barang2 keperluan asas....sekiranya ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkara ini sila hubungi@sms Syikin di 017-3289115


"Bersama Membantu Meringankan Beban Mereka Yang Amat Memerlukan"

Monday, August 24, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin serta muslimat tidak kira di mana anda berada..